Makna riddah:
Menurut bahasa: Kembali dari sesuatu kepada sesuatu.
Menurut syara' / istilah: Kembali dari agama Islam kepada agama kafir, samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan.
Makna murtad, iaitu orang yang kembali dari agama Islam kepada agama kafir.
Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain:
1. Mempersekutukan Allah apakah melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan fesyen orang Nasrani
2. Mengingkari agama Islam atau satu rukun padanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih
3. Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah
4. Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya
5. Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian
6. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat
7. Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh
8. Orang yang meninggalkan solat karena berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya
9. Dan banyak lagi yang lainnya
Perbuatan perbuatan di atas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik lelaki mahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad.
SYARAT SAH UNTUK MENJADI MURTAD
Seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat, iaitu:
Syarat Pertama
Berakal. Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak dapat menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhamad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah kemurtadan seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat Baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad.
Syarat Kedua
Dengan ikhtiar dan kerelaan. Oleh itu kemurtadan orang yang dipaksa berbuat demikian tidak sah. Dia dipaksa untuk murtad sedangkan hatinya tetap tenang beriman dengan Allah Taala.
HUKUMAN
Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang murtad wajib dibunuh. Firman Allah: "Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (QS Al-Baqarah ayat 217)
Bersadarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia." (riwayat jamaah kecuali Muslim).
Sabda Baginda lagi:
"Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin." (Riwayat Bukhari & Muslim)
"Sesiapa yang menukarkan agamanya maka bunuhlah ia." (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)
"Dari Muhammad bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdul Qari dari bapanya, bahawa seorang laki-laki dari arah Abu Musa Al-Asy'ari telah datang kepada Umar ra, kemudian Umar ra berkata kepadanya: "Adakah sesuatau khabar dari sebelah barat?"
Ia menjawab: "Ya, ada seseorang lelaki menjadi kafir setelah ia memeluk Islam."
Umar berkata: "Apa yang telah kalian lakukan terhadapnya? "
Ia menjawab: "Kami hampiri dia kemudian ia kami bunuh."
Umar berkata: "Mengapa tidak kamu tahan selama tiga hari, kemudian kamu beri makan sepotong roti tiap hari, dan ia diminta bertaubat agar ia kembali kepada perintah Allah? Ya...Allah, sesungguhnya aku masa itu tidak hadir, dan tidak menyuruh, dan aku tidak redha ketika khabar itu sampai kepadaku." (Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwhata, dan Asy-Syafi'i)
Telah ijmak seluruh ahli ilmu terhadap hukum bunuh orang lelaki yang murtad. Manakala hukuman terhadap wanita yang murtad, jumhur ulamak mengatakan hukumannnya adalah hukuman bunuh juga. Hanafiah pula berpendapat wanita yang murtad tidak dikenakan hukuman bunuh, kerana ada hadis yang melarang pembunuhan terhadap wanita. Menurutnya lagi, bagi wanita yang murtad hukumannya ialah memaksanya kembali semula kepada Islam, jika dia enggan hendakalah dipenjarakan sehingga dia memeluk Islam kembali atau sehingga dia mati.
"Telah sabit dari Abu Bakar ra: Bahawa beliau menghukum bunuh perempuan yang murtad." (HR Darquthuni)
"Bahawa seorang perempuan yang biasa dipanggil Ummu Ruman telah murtad dari Islam. Kemudian urusan itu sampai kepada Nabi, maka Nabi menyuruhnya bertaubat jika ia bertaubat maka ia bebas, sedangkan jika ia tidak bertaubat maka ia harus dibunuh."
Meminta si murtad bertaubat
Menurut jumhur, wajib meminta si murtad supaya bertaubat. Ia hendaklah dilakukan sebanyak 3 kali sebelum hukuman mati dijalankan. Hanafiah pula berpendapat, meminta si murtad supaya bertaubat sunat sahaja hukumnya.
Apakah memerangi orang yang murtad termasuk Jihad fie Sabillah dengan makna menurut syara'? Ya, memerangi orang murtad termasuk Jihad fie Sabilillah dengan makna menurut syara', kerana ta'rif jihad sesuai baginya iaitu:
Memerangi orang kafir untuk meninggikan Kalimah Allah, sedangkan orang-orang murtad itu adalah orang-orang kafir dan memerangi mereka, untuk meninggikan kalimah Allah. Bahkan Ibnu Qudamah penulis kitab Al-Mughni menetapkan bahawa memerangi kafir asli. Ibnu Qudamah berkata : mereka ini - yakni orang-orang Murtad - lebih berhak untuk diperangi, kerana membenarkan mereka boleh jadi orang-orang seperti mereka memujuk untuk menyerupai mereka dan murtad bersama mereka.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
.jpg)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar